af+

Aku Benci Kau, Tidak

07 June 2009 • Comments: 23

Aku Benci Kau, Tidak.
——————–

Aku adalah aku
Bukan Fynn Jamal
Aku bukan mahu tiru Fynn Jamal
Malah siapa dia pun aku tak kenal

Mereka sanjung puitis itu
Tapi bukan aku
Kerana, aku ingin jadi aku
Tak perlu tiru-tiru

Orang suruh aku benci kamu
Namun, siapakah mereka itu?
Pengadil buat hati aku?
Hati yang sudah jadi batu

Oh pagi, aku ingin mimpi baru
Bukan mimpi yang itu
Mimpi buat aku mati kutu
Kerana, aku benci aku yang dulu

Aku coret ayat-ayat sampah
Kalau orang jadi menyampah,
Apa aku kesah?
Nasib dioranglah

Bahasa aku rendah
Lagi rendah dari tinggi aku yang sudah memang rendah
Apa, kau ingat kau sahaja suka merah?
Aku lagi la, hati jantung yang berdarah-darah

Aku tahu salah aku
Yang bodoh, lagi buta buku

Kalam sudah banyak catatkan
Perihal macam itu, aku yang cacatkan

Benci.
Itu ayat kamu berdua, aku curi
Tapi, sorry, aku tak boleh menyanyi
Macam kamu orang buat, even sambil berdiri

Maaf aku ingin ucapkan
Kamu dan kamu aku jauhkan
Supaya jerit hati ini aku bisukan
Jadi lagu jalan-jalan cari makan

Pintu kata pada aku
Jangan cakap kalau tak mahu
Rupa-rupanya pintu adalah aku
Tengok, kau sendiri dah malu

Orang lain baca buku
Aku? Tidur sahaja dari dulu
Orang-orang itu macam ulat bulu
Gigit semua, asal masuk ilmu
Aku?
Bodoh, bangang, itu sahaja perilaku aku
Sebabnya, aku dah tahu siapa aku
Orang yang dulunya suka tiru-tiru

Sekarang,
Aku cuba jalan seorang
Ha! Apa lagi, jalan pun terkangkang-kangkang
Memang macam rupa orang dari longkang

Kini, aku ingin reset
Buang sikap suka pop-pet-pop-pet

Nah, padah muka.
Baca lagi, kan dah kena.
Merepak panjang lagi berjela
Tapi kamu masih nak membaca

Oh Bulan,
Jangan biar siang
Kan melayan diriku lagi
Bukan macam mimpi di pagi hari
Kerana, aku tak bisa basahi pipi
Bak kata radio, yang tertawa melihat aku sendiri
Walhal, dia bersama yang lain, bergusi.

Haha, kamu mungkin tahu,
Aku curi dari Yuna yang macam kau itu.

Kan aku dah cakap.
Ini aku, pakar perangkap.
Namun, bak kata orang pada tupai
Akan jatuh jua ke tanah lantai

Kotak ajaib aku simpan
Buat tidur, jadikan teman

Aku gila,
Kurang gila dari yang paling gila
Tapi, masih gila antara yang gila.
Hahaha, ko mesti sudah pening gila
Macam lagu, Oh la la.

Biar aku bawa diri
Ke tempat yang tak pasti
Apa salahnya, aku selalu sendiri
Korang semua tak akan rugi.

Eh?
Korang perasankah aku ini?
Yang tengah syok sendiri.

Oh, betul lah tanggapan aku,
Aku siapa pun korang bukannye nak tahu

Tammat.

23 Comments

Add Your Comment

 


Theme: Faun De Sion © Abdusfauzi.com • Based on Foundation Framework (CSS/JS).