It is a blue bird that send short messages to everyone. Follow me - @abdusfauzi
  • Aku Buat Lagi.

    Aku buat lagi,
    Sama macam semalam, tetapi itu di tengah hari,
    Yang ini pagi,
    Aku keluar awal lagi.

    Semalam punya kertas,
    Semua soalan aku cuba tuntas,
    Mestilah conteng-conteng di kertas,
    Akhirnya, di minit akhir ke lapan belas,
    Aku keluar dari kelas.

    Hari ini,
    Jadual kata pagi,
    Awal- awal aku dah tunjuk diri,
    Mana tak nya, aku dah ada kaki.

    Dari petang semalam, mereka kunyah-kunyah,
    Ilmu dari kertas oleh pensyarah,
    Aku pula, kononnya darah merah,
    Maka aku tak tahu yang semua soalan dah diserah,
    Cuma tinggal jawab dan otak di perah-perah,
    Apa lagi, mula la aku melatah.

    Pagi tadi,
    Aku baru mula study,
    Cewah, kurang dua jam, mata aku membaca bertubi-tubi,
    Bajet gempak, even tak jadi.

    Alat penentu masa digital ditanganku menunjukkan jam lapan lima puluh,
    Apa lagi, mula la berpeluh,
    Fuh.

    Jam sembilan, aku masuk dewan,
    Cari meja kerusi, rupanya sebelah teman,
    Hehe, tetapi aku tak bising, takut kene saman.
    Atau kantoi, dan kena tahan reman.

    Gila punya laju,
    Pena dakwat cacat ke kertas aku tuju,
    Zus, zrap, zrap, pen dakwat aku mula bisu,
    Dakwat pula sangkut, tetapi masa tetap berlalu.

    Aku jadi lebih gila,
    Lagi gila dari majalah lama, Gila-Gila,
    Atau lagu Oh La La,
    Bajet power, jadi makin laju la,
    Sampai tulis pun nak panjang berjela-jela.

    Hakikatnya, aku otak kutu,
    Kalau dah tak baca buku,
    Boleh ke aku jawab soal-soal itu?
    Mestilah aku buntu.
    Akibatnya, jawapan semua merapu.

    Tinggal tiga puluh dua minit,
    Aku tutup, dan simpan pensel picit,
    Lepas serah jawapan aku yang explicit,
    Terus keluar, macam lipas terkincit.

    Aku buat lagi,
    Malah, lebih awal lagi,
    Keluar senyum tunjuk gigi,
    Rupa-rupanya aku ada assignment tak hantar lagi,
    Apa lagi, ke makmal komputer aku pergi,
    Bila dah siap dicopy,
    Hantar dikotak pensyarah, nasib baik dia tak kutip lagi,
    So, aku pun happy,
    Walaupun hakikatnya tak semulajadi.

    Peringatan buat adik-adik,
    Jangan berani tiru, nanti mak cekik.

    Tammat.

Lets share this post to everyone!
  • chokilala
    10.06.2009
     

    haha. nice. berapa lama buat post ni?

    • xun
      10.06.2009
       

      Hmm, lebih-kurang 20 minit.

  • a'ishah
    10.06.2009
     

    kakak suka ini
    jadi sila buat lagi

    sedap nak baca
    sedap mau ketawa

    heh
    wasehh

    oh rupanya kita senasib diri
    baru mahu study bila dah pagi

    haha haha haha
    kakak rasa tidak mengapa

    yang penting masih mencuba
    walaupun di akhir masa

    tindakan kamu keluar dewan cepat
    buat kakak cuak, takut tak sempat

    rupanya ada banyak lagi masa
    hebat betul kamu kejar ketik

    esok punya periksa
    selamat berjaya

    • xun
      10.06.2009
       

      First time ke kakak komen kat sini?
      Sebab saya kene approve komen tadi.

      Besok Bentuk dan Tinggalan Prasejarah,
      Mampukah malam ini saya kerah?
      Sebab, macam banyak sangat je sejarah,
      Apatah lagi, Creep yang mampu buat otak berdarah.

      Sama buat kamu,
      Besok, good luck to you too.

      [^^]

  • aisyahkama
    10.06.2009
     

    i pening… takpelah~

    oh,

    • xun
      10.06.2009
       

      Pening? Panjang sangat ke? Ke rumit sangat?
      Haha, kesian kamu.

  • atokk
    10.06.2009
     

    haha..agak pening skit entry nie..tertunggang-langang..

    • xun
      10.06.2009
       

      Hehe. Baca banyak kali, dengan menggunakan antonasi yang betul, seperti koma, titik dan sebagainya. haha.

  • acap
    10.06.2009
     

    nice and creative…thumbs up…

  • loq
    11.06.2009
     

    gaya penulisan macam tu aku selalu buat jugak…
    dalam blog personal aku

Add Your Comment