Dilema
Date: 5 Nov 2008
Comments: 19
• blog •

DSC00605.JPG

Salam semua. Saya didalam dilema. Dilema seorang penulis blog, iaitu bahasa utama yang manakah akan digunakan dalam mengarang sebarang artikel. Saya dapati, bahasa Inggeris saya semakin merosot. Lebih teruk berbanding pelajar-pelajar sekolah, mungkin jugak kanak-kanak tadika. Walaupun saya merupakan anak kepada guru bahaha Inggeris, namun, kekurangan dalam penggunaan tatabahasa yang tepat dalam berbahasa Inggeris merupakan kelemahan saya semenjak dibangku sekolah rendah lagi. Malahan, ianya bertambah teruk apabila saya belajar di tempat yang kurang penggunaan bahasa Inggeris, atau sekadar mampu bertuturkan perkataan-perkataan Inggeris, namun salah tatabahasanya.

Bukan saya tidak hormat pada bahasa Melayu, namun, dewasa kini, kemampuan bertutur dalam bahasa Inggeris merupakan suatu kepentingan dan juga keperluan. Dengan kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, kita mampu untuk bertukar maklumat dengan bangsa yang hanya mampu untuk bertutur bahasa Inggeris ini. Mungkin ada yang berpendapat, kenapa harus kita yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, dan bukannya mereka yang harus mampu bertutur dalam bahasa Melayu.

Disini, saya ingin mengutarakan idea otak keras dan lapuk ini, iaitu, jikalau masing-masing menunggukan pihak kedua untuk mampu berkomunikasi dalam bahasa mereka, sampai bila kita tidak akan mampu untuk maju kehadapan. Sebagai permulaan, jikalau sesuatu ilmu itu wujud dalam bahasa mereka (umum, tidak semestinya bahasa Inggeris), penghayatan dan pemahaman kita mungkin akan lebih mendalam jika kita mampu memahami apa yang ingin disampaikan oleh ilmu tersebut, dalam bahasa ianya dicipta. Hal ini kerana, kebarangkalian untuk berlakunya ralat dalam mentafsir ilmu tersebut jikalau bahasanya tidak mampu kita kuasa ini. Contohnya, saya yang tidak pernah mempunyai kemahiran untuk bertutur dalam bahasa Arab, cuba mentafsir Al-Quran mengikut pemahaman otak kering dan kosong ini. Apa yang saya tafsirkan mungkir tersasar 180 darjah dari maksud asalnya. Logik bukan?

Bukan itu saja, bahkan, antara kesukaran yang sering saya alami, antaranya adalah untuk memberi penerangan berkenaan komputer kepada kawan-kawan, adik-adik, pakcik-makcik, mahupun lenglui-lenglui yang comel. Kenapa sukar, dan tidak mudah? Hmm.. jikalau anda sedar, hampir kesemua perkataan dalam komputer mahupun teknologi dibina menggunakan bahasa Inggeris / lain-lain, dan sangat kurang dalam bahasa Melayu. Cuba anda terangkan konsep ‘double click’, ‘right click’, ‘format’, ‘reboot’ atau ‘restart’ dalam aspek pengkomputeran. Sukar bukan? Lebih lagi, saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas, tusyen mahupun kuliah mengenai pengkomputer.

Walaupun begitu, saya tetap kagum dengan penulis-penulis di melayubuntu.blogspot.com, dan sembangkomputer.com kerana berusaha untuk menerangkan hal-hal berkenaan pengkomputeran dalam bahasa Melayu. Syabar. Kepada sesiapa diluar sana yang sedang berusaha untuk menyediakan medium berkenaan pengkomputeran, terutamanya dalam bahasa Melayu, saya doakan kamu semua cekal dah teruskan usaha tersebut.

Sekian, nukilan saya dalam bahasa Melayu, yang juga bukan satu kemahiran saya. Wassalam.

19 comment(s) • Post a comment ↓
  • aisyahkama

    Betul. Bila dah belajar dalam B.Inggeris, susah nak translate balik dalam Bahasa Melayu. Dulu, rasa sengal gila bila I xtaw Programming == Pengatucaraan… Huhu~

    [Reply]

  • momotic

    tu r, dulu masa cikgu ajar tdo..huhuhu..sape cikgu BM kt lu ek? cikgu naser ke? :?:


    hmm.. Cekgu Naser ngan Cekgu Khatijah. hehe.. mane ade tido. takde kat kelas je. hehe.

    [Reply]

  • callister

    haha..betul ape ko ckp 2..
    tapi mcm ko ckp la, kita try guna bhs inggeris sb kita nk improvekan b.i kta bukan sb kita agongkan bhs 2..
    skang ni dah jadi satu keperluan.. :grin:
    callisters last blog post.. Skeleton in my closet

    [Reply]

  • NoktahHitam

    I write in english because I do not want to be another Malay centric blog. If just want to pen down stupid thoughts, I’ll do it on my journal.

    NoktahHitams last blog post.. Attention Seekers, Beware

    [Reply]

    abdusfauzi

    I wish I can write like you do. :smile: Not how wicked you are, but you’re language and vocabs. :smile:

    [Reply]

  • razifmustapha

    aku bukan nak ckp ape, tapi theme lu memang gempaq!! ajor aku wat theme ar fauzi

    [Reply]

    abdusfauzi

    :smile: thanks for visiting bro. hurm. your theme is also cool bro. neat, i would say. anway, Fauzi is my father’s name. But, I’m ok with it. It is my surname. :razz: :grin:

    [Reply]

  • teddY

    Don’t feel bad about your English, really. See it the other way - my Malay is really bad as well, when I read your articles I realised that some words are the first time I’ve been seeing them! After 7 years in Singapore most of what I’ve learned in primary school years have disappeared into nothing…

    But anyway, everyone was once bad in certain things. My English was so bad in my first year in secondary school that my exasperated teacher told me ‘you can just go back to Malaysia’. Althought I did cry after hearing that, it made me more motivated to have a better grasp of the language.

    Try reading newspaper or news websites like CNN or MSNBC. They have words that not everyone will understand and there is always Google to help us search for definitions. FYI, to define a word on Google, just type in the searchbox ‘define: (the word)’. It works like magic!

    Good luck and take care!

    teddYs last blog post.. If Only

    [Reply]

    abdusfauzi

    yup. i’ll try my best. unfortunately, i’m not really into Television these days, but i’ll find another way. :smile:

    [Reply]

  • !x0r@

    Kalau bahasa Melayu, erm.. saya boleh nampak satu dua kesalahan dalam entri di atas :neutral:

    Kalau bahasa Inggeris, itu saya kurang pandai la. Even kalau ada salah pun saya mungkin tak tahu pun. haha

    btw,bahasa Inggeris kamu sangat bagus la :up:

    [Reply]

    abdusfauzi

    so, you’re a teacher? I mean, seriously, I’m just asking, not to making fun of you. :smile: Anyway, thanks for dropping by. You did blogging in English, aite?

    [Reply]

    !x0r@

    ish,taklah. saya student macam kamu. :razz:

    disini sepatutnya eja macam ni kan - di sini? erm,don’t get me wrong.. saya tak pandai tatabahasa pn. cuma yg tu je yg saya masih ingat pn. dah 6 thn tinggalkan SPM.. huhu

    I blog in Malay tapi ada la sekali sekala blog dlm English (tu pn guna ayat yg paling simple je. I’m not good like u) :sad:

    [Reply]

    abdusfauzi

    owh. huhu. no worry. i also realize my post got some spelling error.. hehe.. :razz:

  • topo

    hhohoohoh rasa lain je baca post bm ko ni.. hehehhe sure bangga cg nasir ngan pn khatijah hohohoho

    topos last blog post.. dapatkan trafik cara topo: #1 innit

    [Reply]

    abdusfauzi

    yup. me too. i feel weird when I re-read this post. huhu.. maybe, the words and annotation is not right. hehe. :razz:

    [Reply]

  • myadlan

    salam singgah. first of all, nice theme. wish to have one like this soon. hehe..

    its up to you la, english or malay. 4 years blogging in english, i think i’ve improved a bit.

    kayuh pelan2 a dude!

    myadlans last blog post.. New Shopping Mall in Town

    [Reply]

    abdusfauzi

    :smile: ok, bro. i’ll try. thanks for visiting. :evil:

    [Reply]

  • ShamSenpai

    :up: ..yeye.. :razz: …sokong itu…recently, many party try to pop out this issue…malay is malay…english is english..dont mix it..(what i; talking about…not related kowt?) :???:
    ShamSenpais last blog post.. …day without words…

    [Reply]