• Amaran, karangan ini agak panjang. Diri ini sudah memberi peringatan.

    Ops, this entry is quite long. I warned you.

    This entry is in Malay. You may try to read it, or you may ask your friend who know how to read Malay to read this entry for you. Good Luck.

    1. Video ini boleh dilihat disini (Vimeo, Kualiti Tinggi), atau
    2. Lihat disini (Youtube, Kualiti Tinggi), atau
    3. Anda boleh muat turun disini, atau
    4. Anda juga boleh muat turun disini. Mainkan dengan VLC.

    —– … —–

    Alhamdulillah, akhirnya, diriku mampu menghabiskan tahun pertama ku dalam pembelajaran di universiti ini (Curtin Miri) dalam jurusan Geologi Aplikasi (Applied Geology). Setelah setahun setengah (betul, 3 semester, pelik bukan?) diriku menghadap buku dan batu, berbagai-bagai karenah dan cerita telah ku dengar, tonton dan ku lalui sendiri. Tahun pertama dalam jurusan ini bermula pada awal bulan Ogos, 2007 dan tamat pada 22 Nov, 2008. Pelik, dan mungin jelik, kami terpaksa mengharungi 3 semester untuk tahun pertama, yang dimana, semester ke-2 adalah saat yang paling kami gemari. Kenapa? Mestilah, kami ada 5 bulan tempoh pembelajaran, dan 2 subjek sahaja. Hahaha.

    —– Semester Pertama —–

    Di semester pertama, kami ditemukan dengan Dr. Osama, iaitu pensyarah Geologi pertama kami. Beliau merupakan pensyarah yang amat kami rapat. :smile:  Dan, bersama beliaulah, kami mula meneroka alam Geologi ini dengan subjek ‘Geology 101′. Berbagai-bagai karenah kami ketika mengikuti pengajarannya, ada yang tidur, bising, gelak, dan ada yang celik tetapi memikirkan hal-hal diluar kelas.  :lol: Betul, sangkaan anda amat betul, diriku memang tidak mampu menahan dugaan dan pelawan mata kecil ini untuk turut lelap dan melayang jauh dari kelas. Itulah aku.  :razz:  Semester ini, kami masih lagi bersama pensyarah kegemaran fizik kami, iaitu Pn. Nurhashimah. Kami lebih senang memanggil beliau Puan, walaupun itu hanyalah pangkat atau pengenalan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Asha? Beliau juga sudah bernikah, namun panggilan Asha lebih mesra (kadang-kadang, diriku memanggilnya Akak).

    Di semester inilah, kecekalan, dan kekentalan otak kami telah diberi dugaan yang sebenar-benarnya berat dan keras untuk dihadam. Berbekalkan otak yang sama, namun pemikiran dan pemahaman yang berlainan, ditambah dengan jawapan atau penerangan yang sering bercanggah dengan satu sama lain oleh Dr. Osama, telah memaksa kami untuk mula berdikari dan mencari ilmu serta pengatahuan dengan kudrat dibadan. “Ntah, saya pun tidak pasti, saya tidak pernah berada pada zaman itu” adalah antara ungkapan yang sering kami dengar daripada mulut Dr. Osama. Anda boleh terima kenyataan ini? Inilah dugaan kami. Si Abu tanya, dia jawab B, Si Siti tanya, dia jawab C, dan aku? Diri ini senyap, lupus, tidak bertanyakan apa-apa (malas). Namun begitu, diri ini lulus untuk ke semester seterusnya. Fizik? Bukannya hidung tinggi, namun, diri ini kurang masalah dalam subjek fizik dan mampu memperoleh keputusan yang bagus.  :wink:

    Oh ya, sebelum mulanya semester ini, Liyana dan Syaha adalah pasangan kekasih yang terbaru, menggantikan cerita hangat Koyot dan Syepah. Asha dan Kenx? Belum bersatu, namun sudah berputik bunganya. Sudah. Berhenti disini, kita ke semester ke-2, ok?

    —– Semester Kedua —–

    Sebelum mula semester,  berlakunya suatu peristiwa yang tidak dijangka-jangka, pasangan kekasih paling digemari, iaitu Koyot dan Syepah, telah disahkan, putus. Jangan ditanya diriku, apakah sebabnya, namun, itulah hakikatnya. Ku ketahui cerita ini pun, seminggu selepas peristiwa tersebut berlaku. Kini, beralih kepada cerita di semester kedua.

    Dengan keputusan yang sekadar lepas ditanganku, diri ini mengusap dahi kering kerana terkejut dengan keputusan Ketua Unit Geologi kami, bahawasanya kami tidak boleh menduduki subjek fizik, dan kimia pada semester ini. Bukan apa, kamu cuma tidak mahu buang masa dengan bersandar-sandaran akibat mempelajari dua (2) subjek sahaja pada semester ini.

    Namun, hal berikut tetap berlaku. Berbekal kan jarak kelas yang panjang, serta kurangnya tugasan-tugasan daripada pensyarah kami. Kami membuat keputusan untuk pergi bercuti ke Kota Kinabalu, diwaktu cuti pertengahan semester. Hehe. Macam-macam ragam berlaku di KK. Mandi sehingga hangus, berenang keliling pulau (serius, penat sangat), minum jus buah satu gelas besar (sangat besar), serta, merapatkan silaturrahim antara kami dengan Ammar dan Faeez. Puas. Kami sungguh berpuas hati dapat bercuti di KK, sedangkan rakan-rakan lain menelaah untuk ujian pertengahan tahun.  :razz:

    Semester ini juga, diri ini mengambil peluang untuk memandu ke Kuching, yang terletak ratusan kilometer dari Miri ini. Anda bayangkan, Miri seumpama Kelantan atau Perlis, dan Kuching itu Johor Bharu. Jauh bukan? Lebih mencabar, jalan raya untuk kesana amatlah teruk. Lubang-lubang akibat lori yang menggunakan jalan tersebut. 12 jam. Itulah tempoh untuk sampai ke Bandaraya Kuching. Oh, sebelum terlupa, bersama didalam kereta Myvi tersebut, ialah Difad, Medi dan Nadzim (teman lelaki Medi, dan tuan punya kereta). Sungguh seronok apabila sampai di Kuching kerana itulah pertama kalinya, diriku menjejakkan kaki kesana. :smile: Tujuan asal diriku ke Kuching adalah untuk membeli kamputer riba pertamaku, Macbook Pro 15″. Namun, harapunku berkecai, hancur, luluh, musnah apabila tuan kedai tersebut mengatakan, produk tersebut telah kehabisan stok. Bukan salahku, kerana, sebelum bertolak ke Kuching, diri ini sudah membuat tempahan untuk membeli komputer berkenaan, tetapi, apakan daya, inilah nasibku. Lantas, tempoh selebihnya diri ini di Kuching dipenuhkan dengan akitivi makan dan berjalan-jalan.  :smile: :grin:

    Seterusnya? Tamat. Setakat ini sahaja yang dapat ku imbas kembali, memori semester kedua. :?: :razz:

    —– Semester Ketiga —–

    Cuti pertengahan tahun kali ini amatlah tidak hambar. Ramai yang sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Termasuklah diri ini, tidak lekang dengan kerja-kerja daripada ahli keluarga yang meminta tolong. Berita mengejut telah membawa kami ke Negeri Sembilan, iaitu perkahwinan Asha dan Kenx. Huhu. Mereka telah selamat bernikah pada 12 Julai, 2008. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Untuk pengetahuan umum, mereka baru berumur 20 tahun, dan merupakan rakan kelas penulis ini. Selain itu, suatu perkara yang amat menggembirakan aku telah berlaku, iaitu, diri ini mendapat teman baru, bernama SARAH (Macbook Pro), dibeli di ‘The Curve’. Harganya, ku tidak mahu tulis disini, biarlah diri ini dah rakan yang mengenalinya sahaja yang mengetahui harganya.  :smile:

    Inilah semester terhangat buat kami. Dengan pelbagai karenah, suka duka, dan pengalaman yang membuatkan kami lebih matang, dan berfikiran jauh, tidak lagi berhingus kotor dan jijik. Dimulakan dengan dugaan dalam pembelajaran kami. Pensyarah yang sepatutnya mengajar kami masih berada di negara masing-masing, sedangkan, kami sudah ketinggalan selama sebulan. Yang dimana, sebulan itu, kami penuhi dengan tidur dan berpeleseran. Bukan salah pensyarah, namun, visa mereka yang masih tidak diluluskan oleh Malaysia. Dr. Prasana, Dr. Nagarajen, dan Dr. Masatoshi Sone adalah senarai nama yang sepatutnya mengajar kami. Seterusnya, kami dilanda masalah lagi. Pensyarah-pensyarah berikut tidak mahir dalam sistem pembelajar di Curtin ini. Maka, ada pihak diantara kami yang pergi membantu mereka dalam mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diekori untuk mengajar disini. Termasuklah dalam proses menggunakan teknologi internet dan file hosting (jangan salah faham, mereka pandai berkomputer, cuma perlu mahir dalam mengendalikan sistem yang diguna pakai oleh Curtin iaitu Moodle and WEBCT).

    Akibatnya, kami telah terkebelakang selama beberapa minggu. Malahan, penggunaan dialek yang berbeza dalam menuturkan bahasa Inggeris telah menyukarkan lagi proses pembelajaran kami :razz: . Alhamdulillah, kami mampu teruskan pembelajaran tersebut. :smile: Kami mulai rapat dengan pensyarah-pensyarah kami. Mereka sangat berilmu, cuma, kami perlu mahir dalam memahami pertuturan mereka, biarpun apa yang dikatakan adalah dalam bahasa Inggeris, bahasa utama universiti ini. Sudah dengan masalah akademik, kita terokai alam jiwa pemuda-pemudi pula. :razz:

    Kali ini, lebih hangat berbanding semester-semester terdahulu. Jumlah ahli kelas bertambah, dan ku membuat kenalan baru, antaranya ialah Kim da Awesome (Kim), dan Wanie da Dakie (Waniduckie a.k.a Wanie). Bibik-bibik berbunga mula muncul di raut wajah Syepah dan Amer. Kesudahannya belum diketahui, namun, Syepah kelihatan kembali ceria bersama Amer. Mungkin mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

    Yang paling hangat, kisah drama baru Miri, yang dilakonkan oleh rakan-rakan kelasku sendiri. Berbagai-bagai plot yang dicadangkan mereka, namun, diri ini tidak mengatakan kata putus. Biarlah mereka-mereka yang terlibat dalam lakonan tersebut yang memilihnya. Ceritanya memang rumit, serumit membuat sebuah kapal terbang menggunakan mancis. Fh masuk ke kelasku, Fh mengharapkan Dk, namun, Dk sedang menatap wajah Sm dengan sangkaan, Sm tidak mengetahuinya. Dengan tiba-tiba, wujud plot diantara Sy, Ly, dan Dk. Plot ini amat kompleks dan sukar untuk ditafsirkan dengan pemahaman sedalam sejengkal. Mungkin tiga atau lima jengkal pun belum cukup. Rakyat jelata mula memerhati gelagat-gelagat asing ini. Yang pasti, ianya bukanlah plot yang menggembirakan. Akhirnya, Ly menarik diri, termasuk Dk yang dikatakan watak utama dalam penceritaan plot tersebut. Tinggallah Sy yang masih mengharapkan Dk. Tinggallah Ly sendirian, ditemani rakan-rakannya, yang senantiasa membantunya tidak kira apa jua keadaan dan situasi. Tambahan pula, Ly memang seorang yang tabah.  :smile:

    Selesai sudah segalanya, kemaruk cinta bersama batu, mineral dan fosil haiwan-haiwan pra-sejarah mulai membelenggu diri ini dan rakan-rakannya. Jika ketiduran di rumah adalah perkara biasa, bagi kami (diri ini dan sebahagian rakan-rakan), berjaga di makmal geofizik adalah normal. Kami biasanya akan ke makmal pada pukul 9 atau 10 pagi, dan terus berjaga, menelaah subjek-subjek kami sehingga jam 2 atau 3 pagi keesokannya. Kemudian, pulang untuk tidur dan kembali semula pada jam 10.  :razz: Bukan itu sahaja, subjek-subjek kali ini, memerlukan daya hafalan yang lebih tinggi, setinggi pokok kelapa yang tegap berdiri.

    Sesudah tamatnya peperiksaan akhir semester, barulah kami semua lega. Ada yang tidur sehingga 23 jam, ada yang tidak tidur, dan menonton filem-filem atau drama bersiri dari USA untuk menggantikan waktu lepas yang sememangnya sibuk. Dan, sekarang, diri ini sudah berada di Shah Alam, menghabiskan waktu cutinya dengan menolong abang, adik, kakak, dan ibubapa.

    Sekian, wassalam.

    —– Cuti Semester 3 bulan : Musim Panas di Australia —–

    aku benci Youtube. Videoku jadi rendah kualitinya. Ergh.  :vangry:

    panjang sangat ke? padan muka kamu. diri ini sudah beri peringatan di atas bukan? :grin:

52 Comments

Add Your Comment