2009

July

05

  • Tape of The Day

    My online music playlist. Get More →
  • Categories

  • My Stats

    • today: 34
      total: 1722
      online: 0
  • Meta

  • FeedBurner RSS

Renungan : Tamatnya Tahun Pertama


52
Date: 29 Nov 2008
Hits for this post: 271
Category: Studies

Amaran, karangan ini agak panjang. Diri ini sudah memberi peringatan.

Ops, this entry is quite long. I warned you.

This entry is in Malay. You may try to read it, or you may ask your friend who know how to read Malay to read this entry for you. Good Luck.

—– … —–

  1. Video ini boleh dilihat disini (Vimeo, Kualiti Tinggi), atau
  2. Lihat disini (Youtube, Kualiti Tinggi), atau
  3. Anda boleh muat turun disini, atau
  4. Anda juga boleh muat turun disini. Mainkan dengan VLC.

—– … —–

Alhamdulillah, akhirnya, diriku mampu menghabiskan tahun pertama ku dalam pembelajaran di universiti ini (Curtin Miri) dalam jurusan Geologi Aplikasi (Applied Geology). Setelah setahun setengah (betul, 3 semester, pelik bukan?) diriku menghadap buku dan batu, berbagai-bagai karenah dan cerita telah ku dengar, tonton dan ku lalui sendiri. Tahun pertama dalam jurusan ini bermula pada awal bulan Ogos, 2007 dan tamat pada 22 Nov, 2008. Pelik, dan mungin jelik, kami terpaksa mengharungi 3 semester untuk tahun pertama, yang dimana, semester ke-2 adalah saat yang paling kami gemari. Kenapa? Mestilah, kami ada 5 bulan tempoh pembelajaran, dan 2 subjek sahaja. Hahaha.

—– Semester Pertama —–

Di semester pertama, kami ditemukan dengan Dr. Osama, iaitu pensyarah Geologi pertama kami. Beliau merupakan pensyarah yang amat kami rapat. :smile:  Dan, bersama beliaulah, kami mula meneroka alam Geologi ini dengan subjek ‘Geology 101′. Berbagai-bagai karenah kami ketika mengikuti pengajarannya, ada yang tidur, bising, gelak, dan ada yang celik tetapi memikirkan hal-hal diluar kelas.  :lol: Betul, sangkaan anda amat betul, diriku memang tidak mampu menahan dugaan dan pelawan mata kecil ini untuk turut lelap dan melayang jauh dari kelas. Itulah aku.  :razz:  Semester ini, kami masih lagi bersama pensyarah kegemaran fizik kami, iaitu Pn. Nurhashimah. Kami lebih senang memanggil beliau Puan, walaupun itu hanyalah pangkat atau pengenalan bagi mereka yang sudah berumah tangga. Asha? Beliau juga sudah bernikah, namun panggilan Asha lebih mesra (kadang-kadang, diriku memanggilnya Akak).

Di semester inilah, kecekalan, dan kekentalan otak kami telah diberi dugaan yang sebenar-benarnya berat dan keras untuk dihadam. Berbekalkan otak yang sama, namun pemikiran dan pemahaman yang berlainan, ditambah dengan jawapan atau penerangan yang sering bercanggah dengan satu sama lain oleh Dr. Osama, telah memaksa kami untuk mula berdikari dan mencari ilmu serta pengatahuan dengan kudrat dibadan. “Ntah, saya pun tidak pasti, saya tidak pernah berada pada zaman itu” adalah antara ungkapan yang sering kami dengar daripada mulut Dr. Osama. Anda boleh terima kenyataan ini? Inilah dugaan kami. Si Abu tanya, dia jawab B, Si Siti tanya, dia jawab C, dan aku? Diri ini senyap, lupus, tidak bertanyakan apa-apa (malas). Namun begitu, diri ini lulus untuk ke semester seterusnya. Fizik? Bukannya hidung tinggi, namun, diri ini kurang masalah dalam subjek fizik dan mampu memperoleh keputusan yang bagus.  :wink:

Oh ya, sebelum mulanya semester ini, Liyana dan Syaha adalah pasangan kekasih yang terbaru, menggantikan cerita hangat Koyot dan Syepah. Asha dan Kenx? Belum bersatu, namun sudah berputik bunganya. Sudah. Berhenti disini, kita ke semester ke-2, ok?

—– Semester Kedua —–

Sebelum mula semester,  berlakunya suatu peristiwa yang tidak dijangka-jangka, pasangan kekasih paling digemari, iaitu Koyot dan Syepah, telah disahkan, putus. Jangan ditanya diriku, apakah sebabnya, namun, itulah hakikatnya. Ku ketahui cerita ini pun, seminggu selepas peristiwa tersebut berlaku. Kini, beralih kepada cerita di semester kedua.

Dengan keputusan yang sekadar lepas ditanganku, diri ini mengusap dahi kering kerana terkejut dengan keputusan Ketua Unit Geologi kami, bahawasanya kami tidak boleh menduduki subjek fizik, dan kimia pada semester ini. Bukan apa, kamu cuma tidak mahu buang masa dengan bersandar-sandaran akibat mempelajari dua (2) subjek sahaja pada semester ini.

Namun, hal berikut tetap berlaku. Berbekal kan jarak kelas yang panjang, serta kurangnya tugasan-tugasan daripada pensyarah kami. Kami membuat keputusan untuk pergi bercuti ke Kota Kinabalu, diwaktu cuti pertengahan semester. Hehe. Macam-macam ragam berlaku di KK. Mandi sehingga hangus, berenang keliling pulau (serius, penat sangat), minum jus buah satu gelas besar (sangat besar), serta, merapatkan silaturrahim antara kami dengan Ammar dan Faeez. Puas. Kami sungguh berpuas hati dapat bercuti di KK, sedangkan rakan-rakan lain menelaah untuk ujian pertengahan tahun.  :razz:

Semester ini juga, diri ini mengambil peluang untuk memandu ke Kuching, yang terletak ratusan kilometer dari Miri ini. Anda bayangkan, Miri seumpama Kelantan atau Perlis, dan Kuching itu Johor Bharu. Jauh bukan? Lebih mencabar, jalan raya untuk kesana amatlah teruk. Lubang-lubang akibat lori yang menggunakan jalan tersebut. 12 jam. Itulah tempoh untuk sampai ke Bandaraya Kuching. Oh, sebelum terlupa, bersama didalam kereta Myvi tersebut, ialah Difad, Medi dan Nadzim (teman lelaki Medi, dan tuan punya kereta). Sungguh seronok apabila sampai di Kuching kerana itulah pertama kalinya, diriku menjejakkan kaki kesana. :smile: Tujuan asal diriku ke Kuching adalah untuk membeli kamputer riba pertamaku, Macbook Pro 15″. Namun, harapunku berkecai, hancur, luluh, musnah apabila tuan kedai tersebut mengatakan, produk tersebut telah kehabisan stok. Bukan salahku, kerana, sebelum bertolak ke Kuching, diri ini sudah membuat tempahan untuk membeli komputer berkenaan, tetapi, apakan daya, inilah nasibku. Lantas, tempoh selebihnya diri ini di Kuching dipenuhkan dengan akitivi makan dan berjalan-jalan.  :smile: :grin:

Seterusnya? Tamat. Setakat ini sahaja yang dapat ku imbas kembali, memori semester kedua. :?: :razz:

—– Semester Ketiga —–

Cuti pertengahan tahun kali ini amatlah tidak hambar. Ramai yang sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Termasuklah diri ini, tidak lekang dengan kerja-kerja daripada ahli keluarga yang meminta tolong. Berita mengejut telah membawa kami ke Negeri Sembilan, iaitu perkahwinan Asha dan Kenx. Huhu. Mereka telah selamat bernikah pada 12 Julai, 2008. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Untuk pengetahuan umum, mereka baru berumur 20 tahun, dan merupakan rakan kelas penulis ini. Selain itu, suatu perkara yang amat menggembirakan aku telah berlaku, iaitu, diri ini mendapat teman baru, bernama SARAH (Macbook Pro), dibeli di ‘The Curve’. Harganya, ku tidak mahu tulis disini, biarlah diri ini dah rakan yang mengenalinya sahaja yang mengetahui harganya.  :smile:

Inilah semester terhangat buat kami. Dengan pelbagai karenah, suka duka, dan pengalaman yang membuatkan kami lebih matang, dan berfikiran jauh, tidak lagi berhingus kotor dan jijik. Dimulakan dengan dugaan dalam pembelajaran kami. Pensyarah yang sepatutnya mengajar kami masih berada di negara masing-masing, sedangkan, kami sudah ketinggalan selama sebulan. Yang dimana, sebulan itu, kami penuhi dengan tidur dan berpeleseran. Bukan salah pensyarah, namun, visa mereka yang masih tidak diluluskan oleh Malaysia. Dr. Prasana, Dr. Nagarajen, dan Dr. Masatoshi Sone adalah senarai nama yang sepatutnya mengajar kami. Seterusnya, kami dilanda masalah lagi. Pensyarah-pensyarah berikut tidak mahir dalam sistem pembelajar di Curtin ini. Maka, ada pihak diantara kami yang pergi membantu mereka dalam mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diekori untuk mengajar disini. Termasuklah dalam proses menggunakan teknologi internet dan file hosting (jangan salah faham, mereka pandai berkomputer, cuma perlu mahir dalam mengendalikan sistem yang diguna pakai oleh Curtin iaitu Moodle and WEBCT).

Akibatnya, kami telah terkebelakang selama beberapa minggu. Malahan, penggunaan dialek yang berbeza dalam menuturkan bahasa Inggeris telah menyukarkan lagi proses pembelajaran kami :razz: . Alhamdulillah, kami mampu teruskan pembelajaran tersebut. :smile: Kami mulai rapat dengan pensyarah-pensyarah kami. Mereka sangat berilmu, cuma, kami perlu mahir dalam memahami pertuturan mereka, biarpun apa yang dikatakan adalah dalam bahasa Inggeris, bahasa utama universiti ini. Sudah dengan masalah akademik, kita terokai alam jiwa pemuda-pemudi pula. :razz:

Kali ini, lebih hangat berbanding semester-semester terdahulu. Jumlah ahli kelas bertambah, dan ku membuat kenalan baru, antaranya ialah Kim da Awesome (Kim), dan Wanie da Dakie (Waniduckie a.k.a Wanie). Bibik-bibik berbunga mula muncul di raut wajah Syepah dan Amer. Kesudahannya belum diketahui, namun, Syepah kelihatan kembali ceria bersama Amer. Mungkin mereka dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Yang paling hangat, kisah drama baru Miri, yang dilakonkan oleh rakan-rakan kelasku sendiri. Berbagai-bagai plot yang dicadangkan mereka, namun, diri ini tidak mengatakan kata putus. Biarlah mereka-mereka yang terlibat dalam lakonan tersebut yang memilihnya. Ceritanya memang rumit, serumit membuat sebuah kapal terbang menggunakan mancis. Fh masuk ke kelasku, Fh mengharapkan Dk, namun, Dk sedang menatap wajah Sm dengan sangkaan, Sm tidak mengetahuinya. Dengan tiba-tiba, wujud plot diantara Sy, Ly, dan Dk. Plot ini amat kompleks dan sukar untuk ditafsirkan dengan pemahaman sedalam sejengkal. Mungkin tiga atau lima jengkal pun belum cukup. Rakyat jelata mula memerhati gelagat-gelagat asing ini. Yang pasti, ianya bukanlah plot yang menggembirakan. Akhirnya, Ly menarik diri, termasuk Dk yang dikatakan watak utama dalam penceritaan plot tersebut. Tinggallah Sy yang masih mengharapkan Dk. Tinggallah Ly sendirian, ditemani rakan-rakannya, yang senantiasa membantunya tidak kira apa jua keadaan dan situasi. Tambahan pula, Ly memang seorang yang tabah.  :smile:

Selesai sudah segalanya, kemaruk cinta bersama batu, mineral dan fosil haiwan-haiwan pra-sejarah mulai membelenggu diri ini dan rakan-rakannya. Jika ketiduran di rumah adalah perkara biasa, bagi kami (diri ini dan sebahagian rakan-rakan), berjaga di makmal geofizik adalah normal. Kami biasanya akan ke makmal pada pukul 9 atau 10 pagi, dan terus berjaga, menelaah subjek-subjek kami sehingga jam 2 atau 3 pagi keesokannya. Kemudian, pulang untuk tidur dan kembali semula pada jam 10.  :razz: Bukan itu sahaja, subjek-subjek kali ini, memerlukan daya hafalan yang lebih tinggi, setinggi pokok kelapa yang tegap berdiri.

Sesudah tamatnya peperiksaan akhir semester, barulah kami semua lega. Ada yang tidur sehingga 23 jam, ada yang tidak tidur, dan menonton filem-filem atau drama bersiri dari USA untuk menggantikan waktu lepas yang sememangnya sibuk. Dan, sekarang, diri ini sudah berada di Shah Alam, menghabiskan waktu cutinya dengan menolong abang, adik, kakak, dan ibubapa.

Sekian, wassalam.

—– Cuti Semester 3 bulan : Musim Panas di Australia —–

aku benci Youtube. Videoku jadi rendah kualitinya. Ergh.  :vangry:

panjang sangat ke? padan muka kamu. diri ini sudah beri peringatan di atas bukan? :grin:

52 Responses to “Renungan : Tamatnya Tahun Pertama”

  1. asx says:

    hmm . aku x baca . panjang sangat . and radically tak ada sequent connectors between line yang akan buat aku baca the next line . =)

    asxs last blog post.. Pretend

    Reply

    betul tu. sememangnya boring, dan mungkin hanya budak kelas aku yang baca. hehehe. :smile:

    Reply

  2. Callister says:

    ko wat pe cuti 3 bulan??

    Callisters last blog post.. Performers? Kappa girl?

    Reply

    buat macam-macam, buat website, design album, and bende-bende graphic la.. jadi driver, jadi posmen, jadi office boy, semua la. hehehe. :grin:

    Reply

  3. oDiN says:

    Rasa macam nak tulis pasal budak diploma it di UTeM .

    oDiNs last blog post.. UTeM Java Stream Day 1 – Day 6

    Reply

    buat la kalu rajin. aku buat post ni, aku tulis selama 5 jam. hahaha. ganas tak? :lol:

    Reply

  4. ghapam.. says:

    emmm… salam.. bukan cuti musim panas ke???…. summer break??? ring a bell??

    Reply

    ohs. :neutral: ok. dah betulkan. thanks Ghapam :smile:

    Reply

  5. |1f34|-|1r3 says:

    bagus2…belajar btol2 geologi..nanti datang kije company aku beb… :smile:

    |1f34|-|1r3s last blog post.. Damn Addictive Game – The Avoider

    Reply

    apa company kamu tu? hmm. kene keje ngn petronas dulu, kontrak 9 tahun ni. adoi. ade sesape nak bayar kontrak saya? :razz:

    Reply

    company aku nama schlumberger..pernah dengar ? kontrak ngan petronas 9thn..memang lama tuh…payah gak kalau company lain nak amik ko kije..psl semua takut nak bayar pampasan petronas..melainkan kalau ko memang btol2 excellent n berbaloi duit nak bayar duit kt petronas! :evil:

    |1f34|-|1r3s last blog post.. Damn Addictive Game – The Avoider

    Reply

    penah dengar.. tu la.. x sure lagi nak setia or tidak. hahaha :grin: my uncle dalam Ranhill pun ade offer.. hmm.. camne ek. :razz:

    Reply

  6. NoktahHitam says:

    Very good field. Client aku geologist, selambe badak die ketuk oil and gas 100k per consultation. hoho.

    5 bulan 2 subject je? Gile membzir mase. Aku dulu overloadkan sem aku. Carry sbyk yg terdaye so that aku grad awal.

    NoktahHitams last blog post.. A Lick and A Promise

    Reply

    Kami tak boleh maen suka hati nak lambak2 subjek, sbb ade yang tak offer semester awal tahun, ngn kene tgk budget petronas. sbb tu 2nd sem tu bleh amek 2 je, yang laen, 3rd sem baru universiti offer. hmm. budak engin laen kot, subject offered through out the year kot.

    Reply

    nope. 2nd year nye course, amek mase first year. 3rd year nye amek mase 2nd. so by 3 year. i have only 2 papers and final project. Final sem starts, I was already working full time, part time final project. but because we are required to complete in 3 years. kalau tak, 2 tahun 1/2 je dah abes degree. Mcm diploma la plak :shock:

    NoktahHitams last blog post.. Who Is NoktahHitam?

    Reply

    Kami? takkan mampu buat semua tu.. sebab tak boleh (Petronas + Uni), dan tak larat. aduhai. :P

    Reply

  7. dzimmo says:

    fuh….aku rase dah lame gile aku x bace BM sepanjang ni

    dzimmos last blog post.. Guide to Smartphones: Part 1

    Reply

    haha. penat kan? :P

    Reply

  8. Waniduckie says:

    Guess things will never be the same again huh?

    =)

    May all of us pass so that we can be in the same class again….

    Huhuhu…

    Waniduckies last blog post.. Rain rain go away

    Reply

  9. Kim says:

    fooh. yeah. hope everyone passes. nice video. but mesti kah u use the clip where i was so stupid to not open the lens of the camera. -_- malu weh. oh. and ur essay didn’t seem as long as i thought it would be. lol.

    Kims last blog post.. reborn

    Reply

    mesti la.. that shot is priceless tau.. :smile:

    Reply

  10. Kim says:

    oh. and thanks for calling me Kim da Awesome. hahahhaa. :grin:

    Kims last blog post.. reborn

    Reply

    you’re welcome :smile:

    Reply

  11. lyanne says:

    hua hua. Name sy ade di situ. neway, why is dis post in malay? [wondering~]. :???:

    Reply

    why it is in Malay? hmm.. me too, I’m wondering why..

    Reply

  12. lil' haikal says:

    :XO: yeah… my muka da dlm tu….

    but i x terlibat dgn controversi2… :evil:

    nice 1 abdus, video tu tengok streamng kat sini…. laptop amar x leh insert cd. :eek:

    keep the hard work :up:

    Reply

  13. |1f34|-|1r3 says:

    selamba jer ranhill…mantaps gak tuh!

    |1f34|-|1r3s last blog post.. Increasing your blog traffic part 1

    Reply

    tp.. kene score gile-gile la.. baru diorang sanggup bayar my contract to Pet-Ro-Nas. hahahaha. Jahat gile, x masuk keje dah fikir nak lari. LOLs.

    Reply

    selamba beb…perancangan masa hadapan..hehe :razz:

    Reply

  14. uhhu. geo. pehhh. course yg amat hawt. course nie bkn korunk cr company, tp company cari korunk. yg 2.0 pun leh fly g oversea. huhu. maka study rilex2 ahhh.

    Reply

  15. uhhu. kat dpn ade gmbr awek cun. cam gmbr klik akoo je. tp bila masuk dlm xde plak. ape rahsie eh? :razz:

    Sweet Thinkers last blog post.. Kalau Lelaki Buaya Darat, Perempuan?

    Reply

    hahaa.. itu gambar.. hanya untuk thumbnail. hehe. nak tgk lagi, play the video.. maybe ada lagi banyak. wawawawa :grin: :razz:

    Reply

  16. alone says:

    tahniah! :grin:

    hm.. tentang youtube.. betul juga.. :?:

    alones last blog post.. Alhamdulillah

    Reply

  17. Azah says:

    waaaaah.,……x larat nak baca ar…

    Azahs last blog post.. Clear Out Me Mind

    Reply

    :smile: apa-apa pun, tahniah. anda baca sampai akhir?

    Reply

    Azah says:

    tahniah juga…hehe…x baca abis pon…

    Azahs last blog post.. Salam Aidil Adha : Salam Pengorbanan

    Reply

  18. CoklatChips says:

    Mmng betul panjang.
    Haha.

    CoklatChipss last blog post.. Terbalik lebih Baik

    Reply

  19. aman says:

    hoho…dah setahun..aku dah setahun satu sem…haha tua sikit dari ko.. :grin:

    amans last blog post.. WordPress 2.7 Bakal Menemui Pengguna Esok

    Reply

    huhu.. mungkin lagi tua. sbb, my first year, 3 semester, which means, with an addition of 1 more semester, you’re 1 year ahead of me. hahaha. :grin:

    Reply

    aman says:

    ooo..ada sem pendek yerk?

    Reply

    hurm. not short. but, rather ‘less units’ :P

    Reply

  20. Azah says:

    singgah lagi…tapi malas jugak nk baca…hehehe…

    Reply

    hehe. tak mengapa.. tak wajib dibaca. :)

    Reply

  21. syafiq afifi says:

    woah! gambar artikel yg bagus utk tarik readers

    syafiq afifis last blog post.. Tembok Tidak Tinggi

    Reply

  22. blowie says:

    waa,best gle pengalaman tuh…..hee
    berenang keliling pulau?
    kenangan sampai tua woo :grin:
    haha

    blowies last blog post.. ESOK IRO!! ARRGH!

    Reply

    itu la pasal. memang kenangan. penat gile berenang lawan arus bersama life jacket. pergh. :)

    Reply

  23. abby says:

    ok i admit i just scrolled down and didn’t read anythng. but .. thats coz i tidak faham ok! :| anyway salam how are you!

    oh, oh, check this out, its superrr cute!
    http://www.albinoblacksheep.com/flash/pokepenguin

    happy hols! :smile:

    abbys last blog post.. So tonight we drink to youth

    Reply

    huhu. its ok. even, if you do understand the language, you barely understand what am i talking about, because it is about my classmates. hehe.

    Reply

  24. teddY says:

    First of all I apologise for being unable to reply in Malay (since you’ve written the post in Malay I should respond using that language) but my grasp of the language is getting worse. At least I can still understand, heh :D

    Looks like you have an interesting year – challenges, fun, desperation and everything combined into one. It kind of sucks to know that people come together and break up again, but I guess not all relationship can withstand the test of time and challenges. I’ve seen a handful of breakups in my college years… and sometimes it is surprising that couples that we think are perfect matches of each other can actually fall apart. Love is tantelisingly close and understandable but yet maddeningly complicated.

    Sorry to hear about the aftermath about the Geology thing, but I think it’s just a lesson in life. I’ve made a lot of mistakes in secondary school and college and sometimes I don’t even learn from them – but you are ;) so no worries, people are bound to have hiccups from time to time.

    The drive to Kuching sounds hellish! I wouldn’t have survived at 12-hour ride… a 6-hour ride from Singapore to Kuala Lumpur is already enough to make me restless. Imagine sitting in a car for 12 hours and looking at rather indescript sceneries along the road. The broken road must have made the scenario even more hellish :P

    Take care and have fun!

    Reply

    That is a very long comment. :) Thanks for reading teddY.

    Reply

  25. syepah says:

    wooo..begitu pjg skali..hmm..byk tol drama dlm klas kite kn..menyampah jgk kdg2…haha..m i one of them?heee..[nymph kt diri seniri]

    syepahs last blog post.. miGraIn or geNius?

    Reply

    aah. banyak drama. hehe. ade yang latest lagi tau. haha. macam2. :P

    Reply

Leave a Reply



Blog Kita